WELCOME TO MASHUP

ALONE

Sunday, 2 April 2017

PEMASARAN ONLINE

PENGENALAN 



Ramai yang tidak tahu bahawa rakyat Malaysia merupakan antara rakyat negara Asia yang paling ramai melayari internet dalam dunia. Ya, dunia! Keajaiban internet tidak perlu dipersoalkan lagi. Usahawan-usahawan di seluruh dunia menjana hampir berbilion ringgit daripada medium ini. Sama ada produk digital mahupun fizikal, semuanya adalah mungkin dengan kewujudan internet. Ini kerana jika secara offline, bilangan manusia adalah terhad manakala secara online , perniagaan anda mampu di perkenalkan pada beribu-ribu orang dalam masa yang sekejap sahaja. Dan sebagai usahawan di Malaysia, adakah kenyataan di atas masih tidak meyakinkan anda untuk memanfaatkan medium ajaib ini ke paras maksimum?
Kini, transaksi yang berlaku di internet adalah berjumlah trillion USD setahun dan setiap hari berbilion-billion USD bertukar tangan. Kerancakan transaksi wang di internet di sokong lagi dengan pengembangan internet ke handphone dan juga penggunaan kad kredit.
Apabila bercakap mengenai perniagaan internet ramai di antara kita membayangkan produk  making money online” .Sebenarnya, perniagaan internet ini mempunyai banyak cabang yang boleh diterokai. Di negara kita, pasaran produk fizikal lebih tertumpu di forum-forum tempatan serta laman lelongan online seperti lelong.com.my dan ebay.
Perkembangan yang bagus tetapi produk yang dijual kebanyakannya boleh dikatakan remeh. Contohnya, pen, sarung bantal, jus kuruskan badan, tudung, keychain dan yang sewaktu dengannya. Bagaimana dengan barangan yang lain? Atau usahawan tempatan masih kurang berpengetahuan tentang keajaiban medium ini?

Strategi Pemasaran Online adalah sebuah proses penyusunan komunikasi yang sebelumnya sudah di susun dengan beberapa kaedah dan bertujuan untuk memberikan sebuah informasi kepada seseorang mengenai produk barang atau jasa yang sedang anda jajakan di internet, dalam kaitan untuk memenuhi dari kebutuhan dan keinginan pengguna melalui online atau bisa disebut media internet. 

Ikuti faedah-faedah memasarkan produk perniagaan di internet.
Perniagaan auto-pilot.
Anda tidak perlu bersengkang mata untuk berjaga 24 jam untuk menjaga kedai anda. 24 jam 7 hari seminggu 365 setahun. Tidak seperti kedai biasa yang hanya beroperasi jam 7 pagi – 8 malam.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pastikan anda ada laman web dan ianya berfungsi. Ya semudah itu! Tetapi harus diingat yang setiap entri perlulah menarik kerana ia berupaya untuk membawa pelanggan tersebut kepada pengenalan produk atau perkhidmatan yang disediakan. Proses berkenaan perlulah mengambil kurang daripada 10 saat. Anda harus ingat bawa anda tidak tahu dari mana pengunjung-pengunjung laman web anda datang. Maka, menjadi tugas seorang usahawan untuk menarik perhatian mereka dalam masa yang amat terhad.
Sebarang soalan yang diajukan pelanggan akan masuk ke dalam emel dan anda boleh jawab apabila anda online . Anda juga boleh setkan sistem pembayaran automatik menggunakan kad kredit dan apa yang anda perlu buat adalah menerima bayaran dan memproses tempahan. Di Malaysia budaya pembayaran melalui online mungkin azgak baru. Sebagai usahawan, anda perlu meyakinkan pelanggan bahawa setiap transaksi online yang mereka lakukan adalah selamat untuk digunakan.
Komunikasi pantas.
Jika anda ada pelanggan di Kelantan dan anda pula berada di Johor, anda tidak perlu bergerak ke Kelantan untuk berjumpa dengan pelanggan anda, anda boleh berkomunikasi terus di Internet. Jika ada masalah, mereka boleh ajukan pada anda di Internet sahaja. Sediakan borang pertanyaan di laman web anda dan pastikan anda respon dalam jangka masa yang terdekat.
Prospek perniagaan yang luas.
Anda dapat menjimatkan ratusan malah ribuan ringgit dengan memasarkan produk anda di internet. Kos pemasaran di televisyen, radio dan di billboard adalah sangat tinggi, bukan semua uasahawan mampu untuk membayarnya, dan target market belum tentu seperti diuar-uarkan. Di internet, yang sebaliknya berlaku. Dengan ratusan ringgit sahaja, anda dapat menyampaikan maklumat kepada prospek pelanggan yang tersangat ramai. Bayangkan jika anda mampu memperkenalkan perniagaan anda kepada jutaan orang di internet, paling teruk pun 1 peratus sahaja yang membeli dari anda, agak-agak untung dah berapa? Ya! Tersangat banyak!
Agen yang bekerja secara percuma
Anda tidak perlu ada agen pemasaran yang ramai di dalam syarikat anda untuk promosi produk secara online dengan adanya sistem affiliate. Affliate adalah agen dan anda tidak perlu bayar gaji pada mereka. Mereka akan menerima komisyen berdasarkan jualan yang mereka hasilkan. Jika tiada jualan, anda tidak perlu bayar gaji pada mereka.
Senang untuk mencari rakan niaga.
Seperti yang diberitahu, di internet, yang terbalik dari dunia nyata berlaku. Anada tidak perlu cari rakan niaga, meraka yang cari anda! Jika mereka rasa produk anda bernilai, bagus dan ada potensi, mereka sendiri akan hubungi anda untuk menjadi agen atau wakil pengedar. Maka, di laman web, anda boleh sediakan ruang rakan niaga untuk memperkembangkan lagi perniagaan anda. Menarik bukan?
Anda tidak perlu buka mulut langsung.
Di internet, anda tidak perlu pening-pening memikirkan cara untuk meng’ayat’ para pelanggan anda. Sekadar mengisi laman web anda dengan informasi terkini mengenai produk, pasti ada yang sudah tersangkut. Dan jika mereka ada soalan, mereka boleh hubungi anda. Persembahan di laman web akan menjadi wakil jurucakap anda.
Banyak cawangan dengan kos yang sedikit dan proses yang mudah.
Antara senjata pemasaran ialah cawangan. Membuka cawangan kedai di internet tidak memerlukan kedai baru, peralatan baru, pekerja baru atau lesen baru. Domain dan hosting. Sahaja. Adanya dua perkara tersebut, anda boleh buka dan kawal perniagaan sebanyak mana cawangan yang anda mampu. Hebat?
Bagaimana? Sudah cukup meyakinkan untuk memanfaatkan internet ke paras maksimum? Seorang usahawan yang baik harus tahu untuk menggunakan segala peluang yang ada untuk memaksimumkan jualan dan internet adalah satu medium ajaib yang wajib diterokai. Tetapi pasti anda tertanya-tanya bagaimana tu?
Berikut adalah beberapa cara yang boleh diaplikasikan yang telah membantu ramai usahawan:
Sebenarnya ianya bergantung pada bajet. Jika terlebih bajet, gunakan kaedah yang kedua, jika tidak berapa mampu, gunakan kaedah yang pertama. Apapun, pastikan anda tak habiskan banyak masa dengan lakukan manual submission.
KAEDAH PENGIKLANAN PRODUK ATAS TALIAN

  • Menggunakan Blog
  • Menggunakan Facebook
  • Menggunakan Instagram
  • Menggunakan laman perniagaan
  • Menggunakan Instant Retargeter
  • Promosikan d iklan percuma
  • Promosikan ke sosial networking anda sperti twitter dan linkedin dan lain-lain.
  • JENIS PEMBAYARAN ATAS TALIAN


    1. KAD KREDIT
    • Cara pembayaran paling mudah -  pemegang kad kredit hanya diminta memasukkan data kad kreditnya dan proses pembayaran pun selesai dilakukan.
         2. PAYPAL
    • Cara pembayaran yang palin banyak digunakan sekarang. Menawarkan kemudahan semasa berurus niaga, faktor keselamatan, pendaftaran percuma dan bayaran bulanan.
         3. KAD DEBIT
    • Dikenali sebagai "Plastic Money"  kerana fungsinya sebagai alternative lain sebagai pengganti tunai.
    • Kad Debit hanya akan berfungsi sekiranya di dalam akaun kita ada duit.
         4. TRANSFER BANK
    • Pembeli memindahkan dana secara manual, mengesahkan secara manual dan kemudian penjual memeriksa sama ada dana yang dipindahkan tersebu sudah diterima atau belum.
         5. CEK DAN WESTERN UNION
    • Pembayaran melalui cek akan dikirim terus ke alamat yang dituju dan dapat ditunaikan di bank tempatan.
1 Pengertian Media Sosial
2 Perbezaan Antara Website Biasa Dengan Media Sosial
3  Pemasaran Melalui Media Sosial (Facebook, LinkedIn, Twitter, Pinterest)
4 Pemasaran Menggunakan Video
5 Pengertian Viral Marketing


 1 . Media sosial adalah sebuah media online, dengan para pengguna boleh dengan mudah menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, jejaring sosial, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial  merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.

2 . Perbezaan Website Biasa Dengan Media Sosial

Laman web Adalah Sejumlah Laman Web Yg Mempunyai Topik Saling Berkaitan, Kadang-kadang   di sertai pula fail-fail gambar, video, dan lain lain  .Media Sosial merupakan alat promosi perniagaan yang berkesan kerana boleh di akses oleh siapa  saja, sehingga rangkaian promosi lebih luas.

     3.  Pemasaran Melalui Media Sosial (Facebook, LinkedIn, Twitter, Pinterest)

Facebook dan Twitter. Umumnya bagi para pemasar, kedua-duanya merupakan keutamaan teratas. Pengguna Facebook yang sudah mencapai lebih daripada satu bilion di seluruh dunia tentu membuat para pemasar menggunakannya untuk menggapai pelanggan hampir di seluruh industri. Twitter juga tak terlalu jauh di belakang Facebook dengan pengguna yang mencapai 500 juta. Akibatnya, kedua-duanya cenderung untuk menjadi tempat yang tepat untuk memulakan kempen atau menguji pasaran.
LinkedIn. Jika kita ingin mengembangkan perniagaan dan mendapatkan peluang rangkaian B2B, LinkedIn adalah cara yang berkesan untuk mendapatkan itu. Tak seperti laman media sosial lain yang sifatnya lebih kasual, LinkedIn direka untuk profesional berpendidikan yang ingin meningkatkan kerjayanya. Berdasarkan data statistik Quantcast, sebahagian besar pengguna LinkedIn bergelar sarjana dan pengguna lelaki lebih banyak dari pengguna wanita.
 Pinterest. Laman media sosial yang satu ini benar-benar mendapat banyak momentum dalam beberapa tahun ini. Konsep Pinterest adalah mudah dengan melibatkan aktiviti "pinning" gambar pada board.

     4. Pemasaran Menggunakan Video

Youtube menjadi tempat bagus untuk  pemasaran, kerana dengan menggunakan video kita boleh cepat mencari carian di Youtube.Video youtube mempunyai peluang besar, membina brand / upload Video Ke Youtube

     5. Pengertian Viral Marketing

Viral Marketing adalah strategi dan proses penyebaran mesej elektronik yang menjadi saluran untuk menyampaikan maklumat suatu produk kepada masyarakat secara meluas dan berkembang. Pemasaran Viral berkembang melalui jaringan internet, yang menduplikasikan dirinya menjadi semakin banyak, seperti kerja sebuah virus komputer.  Pemasaran Viral memerlukan sambungan rangkaian Internet dalam penggunaannya.



No comments:

Post a Comment

TOKOH USAHAWAN

TOKOH : TAN SRI MOKHZANI MAHATHIR PROFILE TOKOH : Nama                                    : Tan Sri Mokhzani Mahathir Umur         ...